Profile Picture

Fathiha Binti *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi Antarabangsa

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pagoh) (Graduated)

Jerteh, Terengganu

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hello! Teacher Fathiha is here to serve you. My experience learning English throughout my academic years and studying English during my bachelor's degree has made me fond of the language. I have a growing passion in teaching and I would like to use this opportunity to use my skills positively in enhancing English language skills among preschoolers and primary school students.

Hello! Teacher Fathiha sedia berkhidmat. Dengan pengalaman saya mempelajari Bahasa Inggeris sepanjang perjalanan akademik saya dan turut mengambil jurusan Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarabangsa di peringkat sarjana muda amat membuatkan saya gemar akan Bahasa Inggeris. Saya mempunyai minat yang tinggi untuk mengajar dan saya ingin menggunakan peluang saya menerusi platform ini untuk menyumbang kemahiran saya supaya dapat meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan kanak-kanak prasekolah dan murid sekolah rendah.

Saya juga mempunyai minat mendalam dalam seni lukisan dan telah mempunyai pengalaman mempelajari subjek seni di peringkat STPM serta mempraktikkan ilmu seni lukisan yang saya miliki sebagai hobi selama lebih 6 tahun. Sekiranya anda atau anak anda turut mempunyai minat dalam bidang seni lukisan, maka saya sedia membantu.

Teaching Method(s)
Untuk sesi pengajaran saya, saya akan menitikberatkan usaha saya untuk memupuk minat murid dengan menggunakan pendekatan "two way communication" di mana saya akan berusaha untuk membuatkan murid suka untuk bertutur Bahasa Inggeris. Oleh itu, saya akan menggunakan tatabahasa dan ayat yang ringkas untuk meningkatkan pemahaman murid di peringkat awal.

Selain itu, saya akan membaca tahap penguasaan murid dan menyesuaikan pengajaran saya mengikut kemampuan murid. Tujuan utama saya adalah untuk memupuk minat murid terlebih dahulu supaya murid seronok untuk belajar dan mencintai Bahasa Inggeris sebagaimana cintanya saya sebagai guru, terhadap Bahasa Inggeris.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Lukisan Asas (Basic)