Profile Picture

Noor Khalieda *******

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Graduated)

Kota Samarahan, Sarawak

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Khalieda Kasdi
Saya merupakan seorang graduan yang baru memulakan kerjaya dalam bidang pendidikan dan bersemangat untuk berkongsi ilmu. Sebagai permulaan, saya yakin untuk mengajar pelajar di peringkat sekolah rendah, khususnya dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Arab, dan Pengajian Islam. Bagi peringkat sekolah menengah pula, saya lebih cenderung mengajar subjek Bahasa Arab kerana latar belakang pendidikan saya di sekolah agama memberi saya kelebihan dalam bidang tersebut. Walaupun saya masih baharu dan belum mempunyai kemahiran khusus yang menonjol, saya seorang yang berdisiplin, komited, dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam tugasan yang diamanahkan. Sepanjang pengajian, saya aktif menyertai kelab dan persatuan yang telah melatih saya menjadi seorang yang bertanggungjawab dan yakin. Saya juga pernah diberi kepercayaan menjadi guru ganti di PASTI, yang memberi saya pendedahan awal terhadap dunia pendidikan sebenar.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pembelajaran, saya suka menerapkan pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan supaya pelajar tidak cepat bosan. Antara teknik yang saya gunakan ialah penggunaan permainan bahasa, kuiz, kad imbas dan peta minda bergambar bagi membantu pelajar memahami dan mengingat sesuatu topik dengan lebih mudah. Saya juga akan menyesuaikan gaya pengajaran mengikut tahap kefahaman pelajar sama ada secara individu atau berkumpulan. Pendekatan berfasa dimulakan dengan asas, diikuti pengukuhan dan akhir sekali latihan pengayaan yang membolehkan pelajar memahami sesuatu topik secara mendalam. Untuk membantu pelajar skor dengan baik dalam peperiksaan, saya menekankan teknik menjawab soalan seperti mengenal pasti kata kunci, memahami kehendak soalan dan membuat latihan berkala. Saya juga sering memberi tips belajar berkesan dan nota ringkas yang mudah difahami bagi memudahkan ulang kaji.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Darjah 1 Darjah 2 Tadika Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Tingkatan 1 Darjah 6
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Tadika
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Pendidikan Islam
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Bahasa Arab
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1
Tauhid
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
KAFA
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6