Saya seorang tutor yang berdedikasi dalam menjalankan amanah untuk memastikan anak didik saya memperoleh ilmu pengetahuan dan mendapat keputusan yang cemerlang. Saya akan membantu anak didik mengenal pasti cara belajar yang efektif dan berfokuskan kepada topik-topik penting berkaitan peperiksaan. Saya juga akan menetapkan objektif bagi setiap sesi pembelajaran bersama anak didik saya dan memastikan anak didik mencapai objektif tersebut.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah latih tubi dan soal jawab dalam teknik pengajaran. Latih tubi bertujuan untuk melatih anak didik dalam memahami topik pembelajaran dan soal jawab merupakan teknik yang digunakan untuk memastikan anak didik mencapai objektif pembelajaran.