Profile Picture

Nur Syafiqah *******

Sarjana Muda - Sarjana Muda Sains Matematik

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Telok Panglima Garang, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik dengan kepujian kelas pertama dan penerima Anugerah Naib Canselor. Berpengalaman membimbing rakan-rakan di universiti dan adik di rumah.

Saya seorang yang tegas tetapi peramah, bergantung kepada kesesuaian pelajar. Matlamat saya ialah membantu pelajar memahami dan menyukai Matematik, bukan sekadar untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk membina keyakinan dan minat mendalam terhadap subjek ini.

Saya percaya setiap pelajar mempunyai potensi untuk cemerlang jika diberikan tunjuk ajar yang sesuai. Saya berazam untuk menjadi sebahagian daripada perkembangan pembelajaran anak anda dan membantu mereka mencapai keputusan yang membanggakan.
Teaching Method(s)
Saya percaya bahawa subjek Matematik tidak boleh dikuasai hanya dengan membaca atau memahami teori semata-mata. Oleh itu, saya akan memastikan pelajar mendapat latihan yang mencukupi agar mereka lebih bersedia dan yakin ketika menjawab soalan peperiksaan.

Bagi memastikan sesi pembelajaran tidak membosankan, saya akan menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif seperti Kahoot dan Quizizz untuk menjadikan latihan lebih menyeronokkan. Saya juga menyediakan formula ringkas dan akronim yang mudah diingati bagi membantu pelajar menghafal konsep atau langkah-langkah penting dengan lebih berkesan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Pendidikan Islam
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Mathematics DLP
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2