Profile Picture

Nur Sabrina *******

(Online)

Sarjana Muda - Marine Science

Universiti Kebangsaan Malaysia (Ongoing Study)

Kulim, Kedah

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Salam sejahtera, nama saya Nur Sabrina Binti Shaiful Anwar, atau lebih mesra dengan panggilan ‘Sab’. Saya merupakan pelajar prasiswazah ijazah sarjana muda dengan kepujian sains laut. Pengalaman saya dalam bidang pengajaran tidaklah sehebat orang lain, namun saya sangat ikhlas dalam mendidik seseorang sehingga mereka berjaya menguasai sesuatu subjek. Pengalaman saya mengajar beberapa pelajar sekolah telah membentuk saya menjadi seorang pendidik yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk pembangunan intelek dan sahsiah murid-murid saya.

Pengalaman pertama saya mendidik seorang pelajar sekolah rendah yang tidak mahir membaca, namun hasil daripada usaha dan kesabaran yang tinggi, pelajar tersebut akhirnya berjaya membaca dengan sangat lancar. Pengalaman seperti ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk membimbing pelajar-pelajar yang lemah sehingga mereka berjaya. Saya mengutamakan subjek Bahasa Melayu kerana saya sangat mahir serta meminati subjek ini. Selain itu, saya turut mengajar subjek Matematik dan Sains khususnya bagi pelajar sekolah rendah. Saya juga percaya bahawa membangunkan pemahaman tentang subjek ini bukan sahaja meluaskan ufuk pelajar, tetapi juga memupuk kemahiran kritikal yang mereka perlukan untuk kejayaan masa depan.

Saya tetap komited untuk terus belajar dan berkembang sebagai seorang pendidik, mengikuti perkembangan terkini dalam dunia pendidikan dan melaksanakan amalan terbaik pada setiap peluang. Dengan cara ini, saya berharap agar saya dapat terus menyumbang secara positif dalam membentuk generasi masa depan yang bijak, kreatif dan bertanggungjawab.

Teaching Method(s)
Pembelajaran Berasaskan Permainan:

Saya banyak menerapkan penggunakan elemen permainan dalam proses pembelajaran kerana kebanyakan pelajar saya merupakan pelajar sekolah rendah. Teknik ini sangat membantu pelajar agar tidak cepat bosan dalam masa yang sama, mereka akan lebih mudah menerima input pembelajaran. Ini termasuk penggunaan permainan pendidikan, simulasi atau cabaran yang boleh meningkatkan motivasi dan penyertaan pelajar.

Simulasi Maya:

Menggunakan teknologi untuk mencipta pengalaman simulasi yang hampir dengan kehidupan sebenar. Ia boleh digunakan dalam pelbagai bidang, seperti sains, matematik, malah sejarah.

Pembelajaran Visual:

Memanfaatkan alat-alat visual seperti gambar, diagram, dan video untuk menjelaskan konsep-konsep dengan lebih jelas dan menarik.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2
Matematik Darjah 1, Darjah 2
Membaca B. Inggeris Darjah 1
Membaca B. Melayu Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 1
Sains Darjah 1
Hafazan KAFA - Darjah 1