Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, selamat berkenalan semua. Saya Tutor Syazuan merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (UKM) dan bekerja sebagai Pegawai Perolehan di BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd. Syarikat saya menumpukan kepada Perkhidmatan Penyelenggaraan Kapal Selam Angkatan Tentera Laut (TLDM). Untuk pengetahuan semua, Saya berkemahiran dalam mengajar bagi subjek Ekonomi asas , Perniagaan, Sejarah dan juga Perdagangan. Pada pendapat saya, ramai yang menyatakan bahawa subjek tersebut antara subjek yang sukar untuk difahami. Oleh itu, sebagai seorang pelajar yang mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi dan perniagaan. Saya amat memahami segala pendapat-pendapat pelajar yang agak sukar untuk memperoleh keputusan yang baik bagi subjek tersebut. Maka, dengan pengalaman yang saya memiliki bukan hanya sebagai pengajar malah juga sebagai pelajar. Jadi , saya akan terapkan sebagai mana cara saya belajar dari Zero to Hero atau dari C kepada A. Saya akan kongsikan cara penghafalan dan pemahaman yang lebih berkesan.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan teknik-teknik pengajaran yang menarik dan mudah difahami mengikut keupayaan setiap pelajar. Cara buat nota untuk lebih mudah ingat. InshaAllah pelajar akan lebih mudah untuk menjawab soalan soalan nanti.