Saya merupakan pelajar IPG kampus Ipoh Perak. Saya mempunyai pengalaman selama tempoh menuntut kemahiran mengajar di IPG. Saya juga telah melalui fasa praktikum di sekolah yang agak mencabar. Oleh itu, berbekalkan kemahiran vokasional dan teknikal yang saya perolehi, saya pasti saya mampu memacu anda untuk lebih berminat dalam subjek Bahasa Melayu. Tambahan lagi, pengalaman saya telah terbukti dapat menarik minat murid melalui pencapaian praktikum saya iaitu dengan nilai gred A+.
Teaching Method(s)
Pengajaran yang berkesan merupakan keutamaan saya. Oleh itu, saya sentiasa memperkaya teknik pengajaran dan sudah tentu teknik didik hibur menjadi pemilihan utama bagi memastikan murid sentiasa belajar dalam persekitaran yang kondusif dan seronok. Walaubagaimanapun, konten pengajaran sentiasa dititikberatkan supaya murid dapat mengalami perubahan tingkahlaku yang lebih baik dan memperoleh ilmu baru.