Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai semangat yang tinggi dalam membantu anak didik saya berjaya dalam pelajarannya. Saya seorang yang peramah. Insha Allah saya akan memastikan anak didik saya mencapai impian mereka. Saya juga seorang yang pandai mengambil hati pelajar agar mereka tidak hilang fokus semasa sesi pembelajaran.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah didik hibur dan santai agar pelajar tidak mudah bosan. Saya juga menggunakan akronim atau gambar untuk memudahkan pelajar faham dan ingat. Saya juga menyediakan nota ringkas dan berwarna warni untuk menarik minat pelajar untuk membaca dan belajar dalam kelas atas talian.