Saya merupakan seorang tutor yang akan sentiasa berusaha membantu anak didik untuk memperolehi ilmu dalam bidang yang dipelajari. Saya akan pastikan anak didik saya mencapai target mereka dalam memperolehi keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang mesra dan boleh bergaul dengan anak didik saya supaya mereka berasa selesa untuk memahami dan memberi tumpuan dalam pembelajaran.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan pelbagai kaedah dalam proses pembelajaran. Saya akan menggunakan kaedah tersebut bersesuaian dengan proses penerimaan anak didik saya. Antaranya ialah kaedah teknik kuiz bagi mengetahui peringkat pemahaman mereka dan teknik perbincangan dalam proses pembelajaran. Selain itu, kaedah didik hibur dan akronim juga saya akan gunakan dalam pembelajaran.