Profile Picture

Dayang Iffah *******

(Online)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Papar, Sabah

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya merupakan pelajar IPGM di mana subjek Bahasa Melayu merupakan major saya dan subjek Pendidikan Jasmani merupakan minor saya. Saya adalah seorang tutor yang kreatif, berdedikasi dan ramah dengan anak didik saya kerana saya pasti sikap ini akan membuatkan mereka berasa selesa untuk belajar. Saya juga mempunyai pengalaman mengajar kanak-kanak secara bersemuka dan membantu mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu. Saya juga mampu meningkatkan motivasi dan disiplin dalam diri mereka. Sekiranya Tuan/Puan memilih saya sebagai tutor, saya pasti akan melakukan yang terbaik untuk meningkatkan prestasi mereka dalam akademik.
Teaching Method(s)
Sebagai tutor atas talian, saya akan menyediakan alat bantu mengajar yang menarik untuk dipaparkan semasa sesi kelas berlangsung. Saya juga menggunakan teknik gamefikasi sebagai pentaksiran dalam kelas. Selain itu, saya akan memastikan murid membuat latihan sekaligus melakukan perbincangan jawapan sebelum kelas tamat. Saya juga akan memberikan nota- nota yang menarik bagi memastikan mereka mamahami topik yang dipelajari. Komunikasi dua hala amat saya tekankan agar murid mampu memproses segala maklumat yang disampaikan dan boleh bertanya sekiranya mereka tidak memahami sesuatu topik pembelajaran tersebut.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3