Saya merupakan seorang pelajar Bahasa Inggeris (Teaching English as A Second Language) di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Saya telah dilatih untuk menjadi seorang guru dan atas sebab teruja, saya membuat keputusan untuk menjadi seorang tutor Bahasa Inggeris.
Saya juga merupakan bekas pelajar sekolah elit di Sabah yang membuktikan bahawa saya ialah seorang yang bijak, bertanggungjawab, dan "credible". Selain daripada itu, saya turut pernah menuntut pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan dan mendapat keputusan cemerlang.
Saya yakin dan percaya bahawa umur muda saya akan membolehkan para pelajar berasa selesa kerana kami saling memahami dan jiwa muda saya akan membuat mereka sentiasa teruja semasa tutor.
Untuk pengetahuan anda, saya pernah tidak menyukai subjek Bahasa Inggeris namun saya membuat keputusan untuk lulus subjek tersebut dan dalam masa 2 tahun, saya lancar dan fasih berbahasa inggeris. Saya percaya dengan motto "If you want to, you can do it."
Teaching Method(s)
Saya sudah tentu akan memastikan wujudnya komunikasi dua hala antara saya dan pelajar saya. Saya menyasar pelajar saya untuk mencapai tahap keselesaan yang tinggi agar mereka dapat memahami topik yang dipelajari.