Profile Picture

Nur Elyska *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Library Management & Information Science

Universiti Teknologi MARA (Puncak Perdana) (Ongoing Study)

Kuching, Sarawak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Miss Elyska, seorang tutor yang mempunyai semangat tinggi dan toleransi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya berpengalaman selama setahun dalam mengajar subjek dari sekolah rendah dan sekolah menengah. Bukan itu sahaja, saya juga pernah mengajar beberapa orang 'junior' yang memerlukan khidmat saya untuk membantu mereka dalam pelajaran. Saya adalah tutor yang ramah dan peka dengan tanggungjawab untuk memastikan anak didik mencapai tahap fokus dan aktif yang tinggi serta memastikan anak didik saya mencapai tujuan dan matlamat mereka dalam akademik. Tidak lupa, saya juga suka membantu anak didik saya dari segi memahami keterangan saya dalam sesuatu subjek. Juga, saya mudah mencipta kaedah pembelajaran yang kreatif dan relevan demi membantu dalam proses penghafalan dan pemahaman kepada mereka. Saya lebih cenderung untuk kekalkan suasana pembelajaran yang menarik dan tidak terlalu menekan untuk kekalkan tahap fokus yang tinggi kepada anak didik saya. Jadikan saya tutor anda hari ini! Hubungi saya!
Teaching Method(s)
Berdasarkan objektif pembelajaran saya, saya lebih menekankan gaya "active recall" sepanjang pengalaman saya mengajar anak didik saya. Active recall sangat membantu dalam meningkatkan daya minda untuk menghafal dan memahami sesuatu dengan cukup pantas. Dari cara active recall, saya akan sentiasa peka dengan anak didik untuk luangkan masa menghafal menggunakan active recall. Selain itu, saya juga cenderung untuk melatih anak didik saya dalam membuat nota yang sesuai mengikut subjek yang diajar sekali gus, menggalakan mereka untuk mengadaptasi cara yang efektif di dalam kelas di sekolah. Akhir sekali, saya lebih menekankan anak didik saya untuk membuat latihan dan praktis berdasarkan soalan-soalan trial dan tahun-tahun lepas. Ini membantu anak didik saya untuk membiasakan diri mereka dengan format peperiksaan, cara menjawab dengan efektif untuk markah yang tinggi serta selamatkan markah jika berlaku kekeliruan, cara mengurus masa dalam menjawab soalan ketika peperiksaan. Ini dapat meningkatkan keserasian anak didik saya terhadap soalan soalan peperiksaan sehingga mereka betul-betul bersedia. Demi membantu anak didik saya untuk berusaha berjaya dalam akademik, motto saya sentiasa menekankan "consistency is a key of success".
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 6, Tingkatan 1