Saya seorang pelajar di salah satu universiti terkemuka di malaysia. Saya mempunyai pengalaman dalam mengajar pelajaran sekolah rendah dan sekolah menengah . Jiran di kawasan perumahan saya selalu meminta pertolongan saya untuk mengajar mereka. Dan saya mempunyai pengalaman mengajar adik beradik saya kerana saya mempunyai 4 orang adik beradik. Saya telah mengajar mereka dari alam sekolah rendah hingga alam sekolah menengah. Jadi saya tiada masalah untuk mengajar sesiapa yang memerlukan pertolongan saya untuk mengajar mereka.
Teaching Method(s)
Selama pengalaman mengajar saya, saya menerapkan teknik mengajar seperti membuat soalan itu berulang kali. Sebagai contoh jika saya mengajar soalan matematik, saya akan menyuruh pelajar saya untuk membuat soalan tersebut selama berkali kali sehingga mereka faham meskipun harus sehingga 100 kali. Ini kerana, lama kelamaan mereka akan faham jalan kerja yang telah mereka kerjakan dan mereka akan faham konsep dalam matematik. Jika ada satu kesalahan pun saya akan meminta mereka memadam ia dan memulakan soalan itu semula sehingga sempurna.