Profile Picture

Syazatul Asmira *******

(Online)

Diploma / Stpm - Diploma Pengajian Perniagaan

Universiti Teknologi MARA (Mukah 2) (Ongoing Study)

Kuching, Sarawak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang yang berdisiplin dan amanah dalam menjalankan tugas. Walaupun saya bukanlah merupakan seorang pendidik secara rasmi, namun itu tidak menjadi penghalang untuk saya mendidik para pelajar kerana saya mempunyai pengalaman mendidik adik-adik dan rakan-rakan saya semasa di peringkat sekolah. Selain itu, para guru juga sering mengatakan bahawa saya mampu menjadi pegganti mereka apabila mereka tiada memandangkan saya boleh membantu rakan-rakan yang lain untuk memahami subjek-subjek tertentu seperti matematik dan pendidikan Islam. Oleh itu, saya menggunakan platform ini untuk meluaskan lagi pengalaman saya dalam bidang ini.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pelbagai teknik mengajar yang menarik antaranya nota yang berwarna warni supaya para pelajar tidak mudah bosan. Saya juga menggunakan teknik akronim bagi membantu para pelajar untuk mengingat dan menghafal dengan mudah. Di samping itu, saya turut menggunakan kaedah peta minda sebagai bahan mengajar bagi memudahkan para pelajar memahami apa yang saya ajarkan.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1
P. Islam Darjah 1
Membaca B. Melayu Tadika
Sejarah Darjah 4