Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta akan sentiasa cuba untuk memahami anak didik saya. Saya akan memastikan anak didik saya memahami apa yang diajar dengan cemerlang. Oleh kerana usia saya yang muda, saya yakin saya dapat menambat hati dan menarik minat anak didik saya. Saya merupakan seorang pendidik yang tegas sekiranya ia memerlukan penegasan. Saya juga dapat membantu mereka menyukai sesebuah subjek tersebut kerana saya yakin, untuk kita cemerlang dalam sesuatu perkata tersebut bermula dengan minat yang tinggi terhadapnya. Saya bersedia untuk membantu anak didik saya!
Teaching Method(s)
Saya memegang pada prinsip ulang kaji itu sangat penting. Saya akan merumuskan topik pelajaran pada akhir sesi tutor. Saya juga akan membantu mereka dengan meghafal rangka karangan untuk memudahkan mereka membuat karangan. Saya juga akan memastikan tatabahasa yang diajar disampaikan dengan jelas kepada mereka dengan menggunakan kaedah nota pendek. Saya akan menyediakan slides untuk kelas atas talian. Manakala, bagi kelas fizikal, saya akan menyediakan bukut nota bersaiz A5 untuk anak didik saya.