Mengajar ialah cita-cita saya. Saya mempunyai pengalaman membantu ibu saya mengajar kelas tambahan murid UPSR ketika saya masih sekolah menengah. Saya menikmati pengalaman saya mengajar dan berasa gembira apabila pelajar yang saya bantu berjaya mendapat keputusan yang baik. Disebabkan itu saya memilih untuk menyertai MyTutor supaya saya boleh meneruskan minat saya sebagai seorang pengajar.
Teaching Method(s)
Disebabkan saya lebih mudah belajar secara visual, saya juga akan mengajar menggunakan teknik yang sama iaitu dengan menunjukkan contoh dan menerangkan setiap langkah yang digunakan untuk menjawab soalan-soalan. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah untuk memahami dan menyelesaikan soalan.