Profile Picture

Nur Elyana *******

(Online)

Sarjana Muda - Kejuruteraan Mekanikal

Universiti Selangor (Shah Alam) (Ongoing Study)

Pengkalan Hulu, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang yang bersemangat tinggi dan berdekasi dalam pembelqjaran sama ada belajqr mahupun mengajar. Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi masing-masing dan saya berusaha untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan pembelajaran mereka. Saya mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan dapat menjelaskan konsep-konsep yang kompleks dengan cara yang mudah difahami oleh pelajar. Selain itu, saya juga fleksibel dan bersedia untuk menyesuaikan kaedah pengajaran saya mengikut keperluan dan gaya pembelajaran pada masa kini Saya berharap dapat memberi sumbangan yang maksimal mungkin dalam perkembangan akademik dan peribadi setiap pelajar yang saya ajar.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya adalah dengan memberikan pendekatan pada masalah yang dihadapi oleh pelajar, di mana saya memberi tumpuan kepada pemahaman asas dan kemahiran yang diperlukan, sambil menggalakkan pelajar untuk menyelesaikan masalah yang rumit. Saya juga mendorong pelajar untuk bertanya dan mencari penyelesaian sendiri supaya dapat memupuk rasa ingin tahu dan berpotensi mencari idea. Selain itu, saya juga menggunakan teknik penyampaian maklumat yang teratur seperti brainstorm, mind map, carta konsep, dan latihan-latihan yang sesuai. Saya juga memberikan maklum balas secara berterusan untuk memastikan pelajar memperbaiki kelemahan mereka dan meningkatkan prestasi pembelajaran mereka dari semasa ke semasa.
Subject
Subject School Level
Membaca - BM Tadika
Matematik Darjah 1, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 2
Sains Darjah 2, Darjah 1, Darjah 4, Darjah 3
Membaca - BI Tadika