Profile Picture

Nur Abidah *******

(Online)

Sarjana Muda - Law

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Ongoing Study)

Sentul, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Miss Jasmine. Saya merupakan seorang pelajar jurusan undang-undang yang masih meneruskan pengajian. Walaupun saya berstatus pelajar, namun saya sudah menjadi tutor peribadi hampir 2 tahun dalam subjek bahasa Melayu dan Sejarah. Selain itu, sejak di bangku sekolah lagi saya sering dipilih menjadi mentor bagi subjek bahasa Melayu dan Sejarah bagi membimbing rakan-rakan saya supaya cemerlang dalam peperiksaan. Saya juga pakar dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar dan dapat membantu pelajar agar lancar bertutur sama ada menggunakan bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris.
Teaching Method(s)
Sebagai seorang tutor yang masih belajar di peringkat pengajian tinggi dan merupakan bekas pelajar batch pertama yang menggunakan silibus terbaru KSSM. Oleh itu, saya dapat mengaplikasikan teknik pengajaran yang lebih efektif supaya intipati pembelajaran dapat diterima baik dan difahami oleh para pelajar. Dalam era kemodenan kini, pelajar cenderung menvisualisasikan konten pembelajaran berbanding teori semata-mata. Oleh itu, saya akan menggunakan pembelajaran secara dua hala dan menggalakkan pelajar untuk mengaktifkan diri dalam kelas supaya sesi pembelajaran lebih efektif. Saya juga sering mengkaji soalan-soalan past year bagi mengukuhkan pemahaman para pelajar. Teknik pengajaran saya turut diisi dengan kaedah penceritaan dan membuat peta minda bagi mengukuhkan daya ingatan para pelajar supaya mereka lebih bersedia menghadapi peperiksaan.
Subject
Subject School Level
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3