Saya Cikgu Najwa, seorang tutor yang mempunyai pengalaman mengajar secara atas talian (online) selama 3 tahun.
Fokus subjek yang diajarkan adalah Sains dan Matematik bagi pelajar sekolah rendah. Setiap subjek yang diajar mengikut silibus KBSR dan berpandukan buku teks.
Majoriti pelajar berjaya meningkatkan pencapaian bagi subjek yang dipelajari kerana belajar dalam keadaan yang santai, fun, engaging namun berdisiplin.
Segera hubungi saya untuk bantu anak mencapai skor cemerlang sekarang.
Teaching Method(s)
Mengaplikasi apa yang dipelajari dalam bentuk yang mudah difahami secara atas talian adalah kepakaran saya.
Pelajar diberikan pelbagai soalan latih tubi dalam bentuk kuiz berunsurkan game. Di samping pelajar menyelesaikan soalan, pelajar juga mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan melatih penggunaan masa pelajar dalam mendapatkan jawapan yang tepat; kemahiran yang diperlukan untuk tackle soalan dalam masa ditetapkan di dalam dewan peperiksaan.
Setiap topik yang dipelajari mempunyai slides yang tersendiri berserta soalan latihan dan latih tubi berasingan, cukup untuk membantu pelajar memahami dan menguasai topik secara holistik.