Saya merupakan pelajar tahun akhir dalam program Sarjana Muda Ukur Bangunan. Walaupun Bahasa Melayu kemahiran utama saya, saya juga mahir dalam Bahasa Inggeris. Saya mudah beradaptasi untuk mengajar subjek lain, kerana saya fleksibel dan komited untuk memastikan setiap pelajar memahami topik yang diajar. Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman sebagai tutor, namun saya mahir dalam melakukan pembentangan dan menerangkan sesuatu topik dengan terperinci bagi memastikan kefahaman pendengar. Saya bercita-cita untuk menyumbang kepada bidang pendidikan dengan memberikan bimbingan yang berkualiti kepada pelajar-pelajar.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan pendekatan dan teknik yang sesuai mengikut keperluan dan gaya pembelajaran pelajar. Saya menggalakkan interaktif dua hala dalam sesi pengajaran dimana akan ada sesi soal dan jawab, penulisan nota ringkas, dan penggunaan teknologi pembelajaran seperti “kahoot”. Dengan cara ini, saya dapat mewujudkan pembelajaran yang lebih efektif dan mudah difahami oleh pelajar.