Profile Picture

Nurul Amyza *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pendidikan Sains Kepujian (Matematik)

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Graduated)

Bachok, Kelantan

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama diberi Nurul Amyza Binti Minabi, dan murid-murid memanggil saya dengan gelaran Cikgu Amy. Saya mempunyai pengalaman mengajar secara physical selama 1 tahun di salah sebuah sekolah di selangor dan sekarang mengajar matematik di pusat tuisyen bertempat di kota bharu kelantan. Selain mengajar secara physical, saya juga mempunyai pengalaman mengajar online selama 2 tahun dalam bidang matematik, tidak kira matematik sekolah rendah atau menengah. Saya seorang pendidik yang komited dengan kerja yang diberikan dan saya akan memastikan pelajar faham dan boleh menyesuaikan diri mereka didalam class. Focus utama saya dalam pengajaran dan pembelajaran ialah pelajar bukan sahaja faham dengan segala isi yang disampaikan tetapi pelajar berasa sangat seronok sepanjang kelas berlangsung. Dengan itu, saya akan memgunakan sepenuhnya bahan bantu mengajar digital yang sesuai dengan tajuk yang diajar seperti geogebra, 2D or 3D block, quizziz dan sebagainya.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 2 tahun, saya menerapkan pelbagai konsep dan kaedah belajar mengikut tahan penguasaan anak murid. Jika sekolah rendah, saya akan memulakan pembelajaran dengan mengigati sifir dan menggunakan kaedah bijak sifir. Ini adalah kerana apabila pelajar lemah sifir, mereka mustahil akan dapat menjawab soalan yang melibatkan darab dan bahagi. Untuk matematik sekolah menengah, saya akan selitkan juga pembelajaran cara menggunakan kalkulator dan memahami topik2 yang dipelajari dengan menggunakan bahan bantu mengajar seperti geogebra.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5