Saya telah menamatkan pengajian di PTSS dalam bidang pengajian perniagaan dan sedang melanjutkan pelajar di UUM dalam bidang pengurusan perniagaan. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka untuk terus berjaya. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. inshaAllahh saya akan mencuba yang terbaik untuk mendidik sehingga anak didik saya berjaya.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya adalah melalui aplikasi zoom dan akan menggunakan kemudahan Google Drive, Google Docs, dan sebagainya bagi tujuan latihan kepada anak didik saya. Saya juga akan menggunakan kaedah penerangan dalam pembelajaran. Selain itu, saya akan merapatkan diri dengan anak didik seperti kawan supaya mereka lebih minat untuk belajar dalam keadaan yang bahagia tanpa tekanan.