Profile Picture

Muhammad Fahmi *******

(Online)

Sarjana Muda - Usuluddin Tafsir

Universiti Al Azhar Mesir (Graduated)

Seri Kembangan, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya seorang pendidik yang berpengalaman dalam mengajar Mata Pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Al Quran. Dengan latar belakang pendidikan dan pengalaman mengajar saya di sekolah agama swasta, major saya dalam subjek Pendidikan Islam, dan minor dalam Bahasa Arab dan Alquran. Berpengalaman mengajar pelajar menengah rendah dan tinggi (SPM) dalam subjek Pendidikan Islam. Selain itu, mengajar Bahasa Arab dan Al-Quran untuk pelajar menengah rendah. Teknik dan kaedah pembelajaran yang efektif akan digunakan terutamanya dalam topik-topik yang melibatkan struktur dan format. Pernah menyandang jawatan guru disiplin, saya seorang yang tegas namun berjiwa besar. Saya mengutamakan kemenjadian murid dan kebolehan intelek khusus dalam subjek agama, dan semai dalam diri mereka.
Teaching Method(s)
Berdasarkan pengalaman lebih dari tiga tahun dalam industri pendidikan, saya mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran yang menarik dan disesuaikan dengan keupayaan setiap pelajar. Pendekatan saya melibatkan metode interaktif untuk meningkatkan pemahaman, dan saya menggunakan variasi teknik dan kaedah yang efektif dalam pembelajaran. Saya juga mahir dalam merangka teknik khusus untuk mencapai kecemerlangan dalam hafalan dan pemahaman, khususnya untuk subjek yang mempunyai banyak fakta seperti Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Alquran. Saya berpengalaman mengajar melibatkan penerapan kurikulum KSSM untuk subjek-subjek agama yang berkenaan.
Subject
Subject School Level
P. Islam Tingkatan 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 5
Bahasa Arab Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3