Saya seorang tutor muda yang akan berusaha untuk memastikan pengajaran yang saya lakukan dapat mencapai objektifnya. Saya akan memastikan anak tutor saya akan mendapat ilmu yang bermanfaat dan boleh digunakan oleh mereka dalam pembelajaran mereka. Saya juga seorang tutor yang ramah dan mudah didekati oleh murid-murid.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik pengajaran secara didik hibur di mana dapat memberi keseronokan kepada murid. Di samping keseronokan, mereka dapat menimba ilmu dengan gembira dan senang hati. Teknik pengajaran saya juga berfokuskan kepada penggunaan teknologi di mana pentaksiran yang saya akan lakukan melibatkan permainan secara dalam talian. Selain pentaksiran, pengajaran saya juga melibatkan teknologi.