Profile Picture

Fatin Naifa *******

(Physical)

Sarjana Muda - Bachelor In Education Teaching English As A Second Language (Tesl)

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Graduated)

Pasir Gudang, Johor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya dikenali sebagai Miss Naifa oleh pelajar saya. Saya merupakan seorang graduan Universiti Malaya dari jurusan TESL yang sangat bersemangat untuk memberikan pendidikan yang terbaik bagi anak didik saya. Saya mengutamakan membina hubungan yang baik dan mengenali pelajar saya dahulu sebelum memilih teknik pembelajaran yang paling sesuai bagi mereka mengikut minat masing-masing. Saya boleh mengaplikasikan banyak kaedah pembelajaran Bahasa Inggeris yang menarik dan sesuai bagi kebolehan pelajar saya. Akhir kata, visi saya dalam mengajar adalah memastikan pelajar dapat belajar sesuatu walau sekecil-kecil ilmu pun kerana saya percaya pada kemajuan peribadi. Kita belajar dari kesilapan, dan bukanlah dari markah penuh.
Teaching Method(s)
Saya lebih percaya akan pengajaran secara bersemuka dari secara atas talian kerana saya dapat memantau perlakuan anak murid saya, mood mereka, melihat espresi muka mereka dan lain-lain. Dengan ini, saya dan murid dapat mengenali sesama sendiri dengan lebih baik, maka, dapatlah saya menyesuaikan cara pengajaran saya pada murid. Saya adalah seorang yang tegas dan lembut pada masa yang sama; hanya tegas apabila diperlukan kerana saya cakna bahawa pembelajaran lebih senang difaham jika murid tidak berada dalam keadaan yang tertekan atau takut. Saya juga menggunakan kaedah pembelajaran melalui "games", lagu, dan menyediakan hadiah kecil bagi memotivasi anak murid saya. Sebelum mengajar, saya juga suka mentelaah dahulu ilmu tersebut supaya saya dapat "simplify" sesuatu perkara itu terlebih dahulu. Kemudian, barulah saya mengajar dan bantu murid dengan memikirkan cara paling mudah untuk faham/ingat sesuatu perkara itu.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Membaca B. Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6