Profile Picture

Muhammad Ameerul *******

(Physical & Online)

Sarjana(master) - Mechanical Engineering

Universiti Malaysia Pahang (Pekan) (Graduated)

Cyberjaya, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai sijil Master of Science, jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Pengalaman dalam bidang kejuruteraan telah mendidik saya untuk menyelesaikan masalah matematik dengan cara yang lebih mudah dan efektif. Saya juga turut mempunyai pengalaman mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah dalam subjek Sains, Matematik dan juga Matematik Tambahan. Tidak kira dari mengira 1+1 sehinggalah memudahkan Algebraic Equations, saya sentiasa akan membantu anak didik saya untuk faham dan boleh menyelesaikan masalah dalam subjek yang diajarkan. Sebagai seorang tutor, saya amat memahami cara dan kaedah yang akan digemari pelajar, kerana saya juga pernah berada di titik yang terendah dalam subjek- subjek penting di sekolah namun saya berjaya menjumpai cara untuk mengubah titik tersebut ke arah yang tinggi. Saya juga berpengalaman menjadi penceramah motivasi untuk pelajar-pelajar UPSR, PMR dan juga SPM. Anda runsing dengan masalah Matematik dan Sains anak-anak anda? Bagi saya 1 bulan pertama untuk mengajar anak anda dan saya yakin anda akan dapat melihat perubahan yang ketara.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya lebih kepada santai. Saya lebih suka untuk para pelajar memahami satu topik dahulu. Latihan akan dilakukan bersama2 supaya pelajar menjadi lebih yakin. Pada saya, dalam mengajar wajib ada kesabaran, empati dan keinginan. Misi saya dalam mengajar cuma dua iaitu memastikan para pelajar berpuas hati kerana berusaha dalam pelajaran, seterusnya berjaya dalam subjek yang dipelajari.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5, Tingkatan 4
Sains Darjah 6, Tingkatan 3
P. Islam Darjah 6
Sejarah Tingkatan 3, Tingkatan 5
Geografi Tingkatan 3