Seorang tutor yang masih muda dan suka untuk membantu dalam perfahaman dalam pembelajaran. Walaupun tanpa pengalaman yang luas,saya berminat untuk berkongsi ilmu dan mendidik . Sebagai seorang tutor,saya gemar untuk menghasilkan satu suasana yang selesa dengan pelajar lebih -lebih lagi pelajar -pelajar muda. Oleh itu,pelajar kurang rasa tertekan semasa belajar dan bukan hanya fokus pada pembelajaran namun cuba untuk memperkembangkan bakat dan nilai dalam diri.
Teaching Method(s)
Saya memfokuskan kepada tujuan untuk menunjukkan peningkatan dan penambahbaikan dalam diri setiap pelajar. Saya akan mencari kelemahan yang dapat ditangani oleh pelajar sendiri untuk menunjukkan proges yang positif dalam pembelajaran. Sewaktu sesi pembelajaran,saya akan mengikut kemampuan seorang pelajar itu,dan gunakan cara yang efektif untuk berikan kefahaman. Dan sudah tentu masa rehat dan sesi selingan untuk perkongsian di luar skop pembelajaran juga dibernarkan. Dengan ini,pelajar akan lebih selesa dan tenang sewaktu belajar.