Profile Picture

Amirul Zaqwan *******

(Online)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Sains (Matematik) Dengan Kepujian

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Ongoing Study)

Kuching, Sarawak

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya, Amirul Zaqwan. Saya merupakan seorang pelajar yang mempunyai minat yang mendalam dalam jurusan matematik, bidang mengajar dan dunia penyelidikan. Subjek Matematik Tambahan merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan. Saya berkemahiran dalam menekankan soal pemahaman matematik kepada pelajar serta penyusunan modul pembelajaran. Saya juga sering mengendalikan kelas "final-push" dalam skala yang kecil kepada pelajar tingakatan 5 sebagai persediaan menduduki peperiksaan SPM. Saya juga boleh meningkatkan motivasi para pelajar untuk tidak berputus asa dalam pelajaran terutamanya dalam bidang matematik yang pada masa kini amat penting kepada aplikasi teknologi moden.
Teaching Method(s)
Saya sering mempraktikkan selingan berbentuk hiburan semasa mengajar supaya pelajar tidak merasa bosan. Selain itu, teknik perbincangan dua hala juga penting digunakan terutamanya dalam platform atas talian agar pelajar tidak tercicir daripada perbincangan serta kita dapat menilai tahap pemahaman seseorang pelajar. Semasa membuat penjelasan, saya akan merangkumkan setiap topik ke dalam satu peta minda bagi tujuan rujukan dan nota pelajar. Akhir sekali, setiap hujung sesi, saya akan merumuskan pengisian yang telah dipelajari pada sesi tersebut serta melampirkan beberapa soalan sebagai kerja rumah atau latihan.
Subject
Subject School Level
Matematik Tambahan IGCSE, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Additional Mathematics DLP IGCSE, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Calculus Universiti - Diploma