Saya ialah seorang pelajar akauntasi yang asalnya ingin menjadi seorang guru. Cita cita saya menjadi seorang guru suatu ketika dahulu namun tiada rezeki disebabkan permohonan saya telah ditolak. Saya suka untuk mengajar seseorang kerana ia dapat meningkatkan keyakinan saya, sekaligus meningkatkan daya komunikasi saya. Malah, saya juga berharap ilmu yang disampaikan mampu untuk membuatkan seseorang itu berjaya, dan ilmu tersebut digunakan hingga ke akhir hayat.
Teaching Method(s)
Disebabkan saya masih belajar, saya ingin mencari pengalaman untuk mengajar juga. Oleh sebab itu, saya memilih dalam talian kerana susah untuk bersemuka dengan pelajar.