Berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Matematik, pengajian selama 4 tahun tersebut telah membentuk peribadi dan personaliti seorang pendidik yang tekun dalam diri saya. Subjek Matematik dan Matematik Tambahan merupakan major saya dalam dunia pendidikan. Pengalaman berpraktikal di sekolah menengah telah memahirkan saya untuk mengajar Matematik dan Matematik Tambahan mengikut silibus terkini. Pengalaman bekerja separuh masa di Pusat Tuisyen Kumon semasa tahun akhir pengajian sarjana muda juga telah memahirkan saya untuk berinteraksi dengan pelajar daripada pelbagai latar belakang.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang digunakan adalah bersesuaian dengan pelajar. Kepuasan pelajar serta pemahaman mereka menjadi keutamaan saya.