Profile Picture

Nur Filzah *******

Sarjana(master) - Economic

Universiti Teknologi MARA (Bandaraya Melaka) (Graduated)

Muar, Johor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang suka memberikan semangat kepada anak didik saya dengan menyampaikan ilmu menggunakan teknik yang mampu membuat mereka lebih memahami tentang pembelajaran. Konsep pemahaman yang tinggi adalah sesuatu yang paling saya tekankan dalam sesi pengajaran saya. Saya juga berdedikasi dalam menjalankan amanah saya sebagai tutor. Jadikan saya tutor harini untuk saya lebih berkembang dan menambah pengalaman saya bagi kebaikan anak didikan saya.
Teaching Method(s)
Sebagai pensyarah sepenuh masa di kolej swasta dan pada masa sama pernah bekerja separuh masa sebagai guru tadika, ia dapat dilihat bahawa anak didikan saya lebih cenderung kepada pembelajaran yang bergerak seiring dengan teknologi dan isu semasa. Oleh itu, saya akan selitkan perkara-perkara tersebut untuk mengekalkan fokus mereka dan mengelakkan mereka bosan dari terus belajar. Selain itu, saya sentiasa fokus kepada pemahaman anak didikan saya dan memastikan mereka akan mendapat sesuatu setelah kelas habis dan bersemangat untuk kelas-kelas seterusnya.
Rating & Review

Mohd Hazif

Matematik

aya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Nur Filzah atas dedikasi dan komitmen beliau dalam mengajar subjek Matematik kepada anak saya. Sejak mengikuti kelas Cikgu Filzah, saya perasan perubahan positif yang ketara dalam pemahaman dan minat anak saya terhadap Matematik. Cikgu Filzah sangat sabar, jelas dalam penyampaian, dan sentiasa menggunakan pendekatan yang kreatif serta mudah difahami oleh pelajar. Beliau juga peka terhadap keperluan setiap murid dan berusaha memastikan tiada yang tercicir dalam pembelajaran. Kaedah pengajaran yang digunakan amat sesuai dengan tahap anak saya, dan beliau sentiasa memberi galakan serta maklum balas yang membina. Selain itu, komunikasi antara guru dan ibu bapa juga sangat baik. Saya sentiasa dimaklumkan tentang perkembangan anak dan dibimbing cara untuk membantu anak di rumah. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan pengajaran Cikgu Nur Filzah dan saya yakin beliau telah memainkan peranan besar dalam membantu meningkatkan prestasi anak saya dalam subjek Matematik. Terima kasih, Cikgu!

Rabi’atul Adawiyyah Binti Ismail

Bahasa Inggeris

Teacher Nur Filzah memberikan komitmen yang tinggi terhadap pengajaran dan pembelajaran anak saya. Semua jam pertemuan telah dijalankan. Seorang tutor yang baik dan kreatif untuk membantu kefahaman murid. Tahniah dan terima kasih kepada tutor dan MyTutor.

Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Tadika Darjah 4 Darjah 5 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Membaca B. Inggeris
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Membaca B. Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Bahasa Inggeris
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Prasekolah - 3M
Tadika