Saya merupakan seorang pengajar yang berdedikasi tinggi dalam membantu anak didik saya bagi mencapai cita-cita dan kejayaan yang cemerlang. Saya seorang yang peramah dan bertolenrasi dalam komunikasi dengan orang lain. Saya mempunyai impian yang baik kepada anak didik saya dalam mencapai target kecemerlangan mereka dalam pelajaran. Saya juga menggemari untuk mengajar anak didik dengan penuh semangat dan ceria.
Teaching Method(s)
Saya boleh mengajar dengan teknik yang memberangsangkan dan tidak membosankan. Misalnya, teka-teki pelajaran dan soal jawab ringkas dengan anak didik. Hal ini amat membantu untuk menarik minat dan mengelakkan mereka berasa bosan dan kurang tumpuan. Saya juga boleh mengajar teknik akronim yang begitu digemari oleh anak didik kerana teknik tersebut yang ringkas tetapi padat bagi mengingati sesuatu pelajaran atau topik. Selain itu, saya juga suka mengajar dan memberi nota yang menarik perhatian anak didik.