Saya Cikgu Athirah merupakan graduan daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, dengan major Bahasa Inggeris. Saya sedang berkhidmat sebagai seorang guru Bahasa Inggeris dan telah memasuki tahun ke 2 sebagai seorang guru sekolah rendah.
Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan, dimana saya telah menjalani praktikum secara bersemuka dan atas talian selama enam bulan sewaktu bergelar sebagai pelajar dan kini telah memasuki tahun kedua sebagai seorang guru Bahasa Inggeris.
Saya juga mempunyai pengalaman sebagai penceramah jemputan bagi program 'English Booster Camp' di salah satu sekolah swasta di Terengganu. Selain itu, saya juga sering menjadi personal tutor secara bersemuka sewaktu cuti sekolah.
Saya juga mampu membimbing murid yang lemah kerana saya berpengalaman dalam mendidik murid-murid yang mempunyai masalah membaca.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik pengajaran yang berbeza bergantung kepada keperluan dan kemampuan murid. Antara teknik yang saya gunakan adalah fun learning, drilling dan active learning.