Profile Picture

A’ina Binti *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Bachelor In Tesl (Hons)

Management & Science University (Ongoing Study)

Shah Alam, Selangor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya A’ina Azman. Saya masih lagi seorang pelajar dalam jurusan Pendidikan Sarjana Muda. Bahasa Inggeris merupakan subjek major saya. Walaupun saya masih belum menjadi cikgu, akan tetapi saya sangat berdedikasi dalam apa jua yang saya lakukan. Mengajar murid atau pelajar yang sebenar akan memberikan saya satu pengalaman dan cabaran sebagai seorang cikgu baharu. Saya juga ingin mengasah kebolehan saya sebagai seorang pendidik. Saya juga merupakan seorang yang peramah dan mudah untuk berinteraksi, jadi saya percaya pelajar akan mudah untuk faham apa yang diajar oleh saya. Saya yakin saya boleh melahirkan pelajar yang cemerlang dalam segi akademik, dan juga membentuk pelajar yang disiplin dan bermotivasi.
Teaching Method(s)
Sepanjang saya belajar dalam bidang pendidikan, pelbagai jenis teknik pengajaran yang telah didedahkan kepada saya seperti penggunakan aplikasi seperti Kahoot, Realia, Peta Minda dan sebagainya. Saya boleh menggunakan teknik ini untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar. Kerana di abad 21 ini, pelbagai jenis teknik pengajaran telah diperkenalkan kepada cikgu-cikgu untuk membuatkan pengajarannya lebih menarik. Ini merupakan satu kebolehan yang telah diberikan kepada saya sebagai seorang pelajar pendidikan Bahasa Inggeris. Saya percaya pelajar akan lebih mudah untuk faham dengan menggunakan teknik pengajaran ini. Kecemerlangan dan kefahaman pelajar dalam Bahasa Inggeris merupakan objektif saya sebagai seorang pendidik.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tadika