Saya Natasya seorang pelajar diploma pemulihan carakerja.Saya memilih untuk menjadi tutor kerana bidang pendidikan saya berkait rapat dengan bidang kanak-kanak.Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai keupayaan untuk berjaya dalam pembelajaran membaca jika diberikan sokongan dan bimbingan yang sesuai. Matlamat saya adalah untuk menanamkan minat membaca dalam kalangan pelajar dan membantu mereka menjadi pembaca yang berdikari dan yakin.
Teaching Method(s)
Dalam pengajaran,saya akan memberikan soalan pemahaman selepas sesi membaca untuk menguji dan meningkatkan kefahaman pelajar. Saya juga meggunakan gambar dan ilustrasi untuk membantu pelajar menghubungkan teks dengan visual.Saya juga melaksanakan sesi membaca bersama-sama di mana saya membaca dengan suara nyaring dan pelajar mengikut. Ini membantu pelajar mendengar bunyi, intonasi, dan ritma bahasa yang betul.