Profile Picture

Nur Afrina *******

Sarjana Muda - Sains Pemutusan (Statistik dan Matematik)

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Graduated)

Kota Bharu, Kelantan

Tutor Training

Online Class Preparation

Training Matematik Sek Menengah Atas

Verified Profile

Featured Tutor

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Pemutusan (Statistik dan Matematik), Diploma Lepasan Ijazah Pendidikan(DPLI). Saya juga graduan Ijazah Sarjana Pendidikan dari UUM. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 2 tahun dan mula mengajar semasa tahun 2023 semasa berada di tahun pertama pengajian DPLI sehingga sekarang. Saya berpengalaman dan mampu mengajar subjek-subjek seperti Bahasa Melayu, Matematik. Selain itu, saya juga berpengalaman mengajar subjek English sekolah rendah.
Teaching Method(s)
1. Pendekatan pengajaran disesuaikan dengan tahap pelajar
Saya tidak menggunakan satu kaedah yang sama untuk semua pelajar. Teknik pengajaran saya bergantung sepenuhnya kepada tahap penguasaan dan pemahaman setiap pelajar.

2. Fokus pemahaman untuk pelajar lemah
Bagi pelajar yang masih lemah, saya akan memberi tumpuan kepada pemahaman asas terlebih dahulu supaya mereka benar-benar faham konsep yang dipelajari.

3. Bina keyakinan dan fokus pelajar
Saya membantu pelajar memberi fokus dalam kelas dan melatih mereka menerangkan semula konsep dengan kata-kata sendiri untuk memastikan kefahaman yang kukuh.

4. Pembelajaran lebih menyeronokkan
Saya menggunakan kuiz dan aktiviti interaktif bagi menarik minat pelajar serta menjadikan pembelajaran lebih seronok dan tidak membosankan.

5. Latihan berperingkat untuk pelajar lemah
Setelah pelajar memahami asas, barulah saya membimbing mereka menjawab soalan past papers dan soalan KBAT secara berperingkat.

6. Pendekatan lebih mencabar untuk pelajar cemerlang
Bagi pelajar yang sudah mempunyai asas yang kuat, saya terus menggunakan past papers, mock papers dan soalan percubaan untuk meningkatkan prestasi mereka.

7. Fokus teknik dan strategi menjawab
Saya menekankan cara menjawab yang betul, strategi menjawab peperiksaan dan pengurusan masa agar pelajar lebih bersedia menghadapi peperiksaan sebenar.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 3 Tingkatan 2 Tingkatan 1 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Inggeris
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Mathematics DLP
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3