Profile Picture

Nurul Ain *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Science Computer (Software Development)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Ayer Keroh) (Ongoing Study)

Cheras, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Sebagai bakal graduan pada bulan April 2024 dengan pencapaian Anugerah Dekan pada setiap semester bermula dari pengajian Diploma in IT sehingga Ijazah Sarjana Muda Komputer Sains (Pembangunan Perisian), saya mempunyai pengalaman dalam mengajar bermula daripada tahun 2018 lagi. Selepas memperoleh keputusan SPM 2017 yang cemerlang iaitu 1A+ 6A dan 3A-, saya telah pun berkerja sebagai guru ganti di SMK Taman Seraya. Subjek Bahasa Malaysia, Sains Komputer, dan Sejarah merupakan antara subjek yang saya pernah terlibat secara profesional dalam mengajar di sekolah. Pekerjaan sebagai guru ganti di sekolah telah pun bertangguh selepas saya dipanggil untuk menyambung pengajian di peringkat Diploma pada hujung tahun 2018. Meskipun begitu, saya masih bergiat aktif dalam perkongsian ilmu melalui bengkel bersama pelajar sekolah dalam waktu terluang saya.
Teaching Method(s)
Dalam mendidik pelajar, saya menerapkan diri saya untuk:

1. Mengenal pasti keperluan subjek berkenaan.
2. Mempunyai pemahaman yang utuh tentang subjek.
3. Menganalisa keupayaan pelajar untuk memahami sesuatu subjek.
4. Meningkatkan minat dan tumpuan pelajar terhadap subjek.
5. Memberi dorongan kepada pelajar untuk memahami subjek dan bertanya jika ada kekeliruan.
6. Meningkatkan keyakinan diri pelajar dengan menjawab kekeliruan pelajar bersama jawapan yang benar.
Subject
Subject School Level
Sains Komputer Tingkatan 4, Tingkatan 5
Asas Sains Komputer Tingkatan 1