Profile Picture

Nurul Adha *******

(Online)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Ongoing Study)

Chukai, Terengganu

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum, perkenalkan saya cikgu Adha. Cikgu yang bakal mengajar anda. Terlihat tegas namun penyayang, itulah saya. Saya suka kanak-kanak. Jangan risau, walaupun saya tidak mempunyai pengalaman mengajar, saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Saya amat berkeyakinan tinggi dan berdedikasi untuk membantu pelajar mahir dalam dunia pendidikan kini. Mata pelajaran bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan. Saya amat berminat dengan bahasa Melayu. Sebagai orang Melayu, kita juga perlu menanamkan sifat patriotik dalam diri kita untuk memartabatkan lagi bahasa kebangsaan kita berbanding dengan bahasa-bahasa yang lain. Akan tetapi, kita juga tidak boleh mengelak dari tidak menggunakan bahasa asing yang lain untuk kemajuan masa hadapan kita kelak. Sebagai contohnya, bahasa Inggeris. Walaupun tampak asing pada pandangan kita, tapi amat bermakna pada masa hadapan kelak kerana bahasa Inggeris juga merupakan salah satu bahasa pengantar yang boleh kita gunakan untuk berhubung dengan masyarakat luar, terutamanya dalam kalangan masyarakat luar negara. Saya tidak pernah menjadi seorang guru di mana-mana peringkat sekolah. Akan tetapi, saya boleh mengajar pelajar dengan menggunakan kemahiran dan pengalaman yang saya ada di sepanjang saya belajar sehingga ke menara gading. Banyak ilmu bermanfaat tentang dunia bahasa Melayu yang telah saya perolehi sejak saya bergelar seorang mahasiswi di universiti. Walau bagaimanapun, saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar dengan menggunakan komunikasi yang baik dengan para pelajar. Kalau nak anak anda mahir bahasa Melayu dengan cepat dan cemerlang dalam masa yang singkat, hubungi lah saya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu anak anda mahir dalam bertutur bahasa Melayu tidak kira umur, jantina, bangsa, dan rupa sekalipun. Semoga dengan ilmu yang saya akan curahkan pada pelajar ini akan dapat membantu mereka untuk fasih berbahasa Melayu dan menjadi pelajar yang cemerlang pada masa akan datang.
Teaching Method(s)
Saya akan mengajar pelajar saya dengan kaedah didik hibur dan abad ke-21 mengikut arus permodenan semasa pada waktu ini. Selain itu, saya juga akan membantu para pelajar untuk mengingati akronim, huruf dan ilmu bahasa dengan mudah. Jika pelajar kurang memahami pengajaran saya, saya akan menyediakan video pengajaran yang menarik dan mudah bagi membantu pelajar mengingati kembali pengajaran saya di waktu kelas berserta dengan slide yang ringkas, jelas dan menarik.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Darjah 1, Tadika
Membaca B. Melayu Darjah 1, Tadika
Bahasa Melayu Darjah 1