Profile Picture

Badrin Hafiz *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Hubungan Antarabangsa

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Graduated)

Simpang Ampat, Pulau Pinang

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berwawasan serta mempunyai sasaran yang tinggi dalam mendidik anak murid saya. Ia bukan sahaja memfokuskan kepada mendapat keputusan cemerlang tetapi memberi kesedaran akan nilai murni serta ilmu berkenaan alam kehidupan. Saya seorang yang periang, ceria dan mudah bergadul serta bermesra dengan orang ramai termasuk golongan remaja. Saya akan sentiasa berusaha membantu pelajar dalam memahami dengan kaedah terbaik untuk mencapai target kehidupan seharian. Saya juga akan menerapkan ilmu-ilmu dalam perkembangan kehidupan seperti membantu golongan pelajar dalam memilih kerjaya kehidupan. Saya turut memastikan anak didik saya akan mempunyai pengetahuan dalam aspek jadual pembelajaran, kehidupan & kos program pembelajaran yang bakal ia terajui di universiti kelak. Jadikan saya tutor anda hari ini! Terima Kasih
Teaching Method(s)
Saya mengunakan kaedah didik seperti seorang sahabat untuk memastikan pelajar itu mudah memahami apa yang disampaikan. Saya juga bakal menyediakan nota-nota yang ringkas berkenaan subjek sejarah dengan kaedah terkini dan mudah. Ia bagi memastikan pelajar mudah mengingati serta memahami tanpa rasa paksaan untuk belajar. Kaedah 3T dalam sejarah iaitu (Tokoh, Tempat & Tarikh) bakal saya gunakan bagi pembelajaran yang bakal dijalankan. Kaedah ringkasan begini dapat membantu pelajar bagi mengingati sesuatu sejarah tanpa perlu mengambil masa yang lama. Tambahan pula, saya akan selitkan ilmu-ilmu pengetahuan yang lain seperti memberikan pendapat akan arah tuju pelajar tersebut dalam memilih universiti yang bakal diterajui akan datang, Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni bagi kelas dalam talian.
Subject
Subject School Level
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3