Assalamualaikum dan hi. Sedikit latar belakang mengenai saya, saya sudah menamatkan pembelajaran spm dengan keputusan 9A. Pelbagai tip dan cara yang saya boleh kongsikan kepada anak didik saya untuk mendapat keputusan yang cemerlang berdasarkan pengalaman yang saya peroleh. Saya juga merupakan lepasan asasi kejuruteraan, (UiTM) dengan gred purata 4.00.Kini, saya meneruskan pembelajaran saya dalam bidang software. Saya gemar untuk berkongsi dan memanfaatkan ilmu yang saya ada untuk kebaikan semua. Saya juga mudah untuk beramah mesra dengan anak didik dan memastikan pembelajaran mudah untuk difahami . Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya mempraktikan konsep memahami dengan mengaplikasikan topic dalam kehidupan seharian dan mengaitkan topic dengan topicyang lain. Bagi topic yang melibatkan penghafalan, saya lebih suka untuk mencipta akronim untuk menghafal. Selain itu, nota tambahan dan contoh soalan past year akan saya sertakan untuk membantu anak didik biasa dengan soalan.