Nama saya Nur Ainabila. Saya memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengurusan sumber manusia. Saya seorang yang berkeyakinan tinggi dan mudah menerima teguran. saya memiliki minat mengajar mana-mana individu yang memerlukan khidmat saya.
Teaching Method(s)
Saya percaya bahawa dengan pengalaman dalam pengajian saya, saya boleh membantu pelajar menjadi lebih berkesan. Saya juga akan cuba meningkatkan prestasi saya dari semasa ke semasa. Kaedah pengajaran saya juga termasuk menggunakan filem dari YouTube, carian Google, foto dan sebagainya kerana dapat membantu pelajar mengingati sesuatu dengan lebih baik. Dalam masa yang sama , Saya juga Ada membuat nota ringkas dan berwarna warni untuk menarik perhatian pelajar untuk Minta subjek matematik.Semasa induksi, saya juga akan bertanya tentang kemajuan pelajar dan mengadakan perbincangan ringkas dengan mereka untuk memastikan mereka bersedia dan teruja untuk belajar.