Saya Tutor Hanis. Saya merupakan seorang mahasiswi di Universiti Teknologi dan merupakan pelajar dekan institusi tersebut. Bidang Sains Tulen ialah bidang kepakaran saya. Pengalaman saya dalam Sains Tulen bermula dari Tingkatan 4 sehingga kini. Pengalaman ini telah mengukuhkan kecekapan saya dalam menganalisis data dan melaksanakan penyelidikan. Selain itu, Saya juga berkemahiran dalam pengurusan masa yang berkualiti dan efektif. Kemahiran ini membenarkan saya menjalankan pelbagai tanggungjawab dengan lancar. Kecekapan saya dalam pengurusan projek juga memastikan setiap tugasan dapat diselesaikan dengan cekap dan tepat pada masanya. Saya berharap dapat memberi sumbangan yang bermakna dalam bidang Sains Tulen kepada organisasi dan komuniti yang saya sertai.
Teaching Method(s)
Kaedah pembelajaran atas talian memerlukan kemahiran yang tinggi. Pengalaman peribadi dalam dunia "online class" telah membantu saya untuk mengenal pasti kaedah pembelajaran yang sesuai. Keupayaan saya dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran atas talian membenarkan saya menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami. Saya akan mengimplementasi kaedah pembelajaran fleksible di mana ilmu dapat diakses dengan mudah. Dengan mengamalkan pendekatan interaktif dan komunikasi dua hala, saya dapat memastikan setiap pelajar terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran. Saya juga mahir dalam penggunaan platform teknologi untuk memperkukuh pengalaman pembelajaran dalam talian.