Profile Picture

Nurul Athirah *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Undang-undang

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Ongoing Study)

Temerloh, Pahang

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Nurul Athirah. Saya merupakan pelajar undang-undang tahun akhir, di UiTM Shah Alam. Selain merupakan seorang mahasiswa yang sangat aktif dengan aktiviti kokurikulum, saya juga merupakan tutor yang berpengalaman lebih dari 4 tahun. Selepas habis menduduki SPM di MRSM Tun Ghafar Baba, saya telah dibayar untuk mengajar subjek matematik tambahan dan fizik di rumah pelajar. Kemudian, oleh kerana covid-19 menyerang dan semua medium pembelajaran di universiti di jalankan online, saya telah mengambil keputusan untuk menjadi part-time tutor Smart Mind Home Tuition Centre cawangan Temerloh, mengajar subjek matematik sekolah rendah, sekolah menengah rendah dan bahasa melayu menengah rendah. Setelah 2 tahun berlalu dan semua pelajar dibenarkan pulang ke kampus, saya juga telah diterima bekerja sebagai part-time tutor oleh Aster Education, mengajar subjek matematik menengah rendah dan kimia. Saya berkemahiran dalam mengendalikan para pelajar secara individual dan juga berkumpulan. Walaupun saya merupakan pelajar undang-undang, saya merupakan tutor yang cintakan ilmu pengetahuan dan akan sentiasa menerapkan kepentingan menuntut ilmu dalam diri pelajar.
Teaching Method(s)
Saya lebih suka menggunakan "individual approach" sebagai medium pengajaran. Saya suka sekiranya pelajar membuat latihan terlebih dahulu dan saya akan menganalisa kelemahan pelajar dan perkara-perkara yang perlu dibaiki. Oleh hal yang demikian, para pelajar tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan boleh meningkatkan momentum terutamanya dalam soalan-soalan kritikal dan kbat.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Chemistry DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5