Salam sejahtera semua! Saya merupakan graduan Diploma dari Universiti Poly-Tech Malaysia dengan pengkhususan dalam 'Teaching English As A Second Language' (TESL). Saya telah menamatkan praktikum pada tahun 2023, mengajar pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai tahap kecekapan dalam Bahasa Inggeris. Saya akan memastikan untuk mewujudkan suasana yang positif dalam setiap sesi pembelajaran. Saya tidak dapat menjamin peningkatan segera dalam prestasi, tetapi saya boleh menjamin bahawa saya akan berusaha sedaya upaya untuk menarik minat pelajar-pelajar dan memotivasikan mereka untuk memahami subjek Bahasa Inggeris.
Teaching Method(s)
Bagi teknik pengajaran, saya akan menggunakan kaedah pengajaran tradisional dan bukan tradisional. Sudah tentu buku teks dan nota akan menjadi bahan utama, tetapi saya juga akan menggunakan alternatif yang berbeza dari semasa ke semasa. Contohnya, platform digital seperti Quizziz, Kahoot, Canva dan banyak lagi. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan minat pelajar untuk memahami topik yang diajar. Pada akhirnya, sesi pembelajaran boleh menjadi lebih berkesan dan mereka tidak akan terlalu bosan untuk belajar