Profile Picture

Ayunie Nadzirah *******

Diploma Pascasiswazah - Bachelor Sains Matematik Dengan Kepujian

Universiti Kebangsaan Malaysia (Ongoing Study)

Kajang, Selangor

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Ayunie Nadzirah. Merupakan seorang graduan dalam bidang Sains Matematik dari Universiti Putra Malaysia. Meskipun tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang pendidikan, saya amat berminat untuk menceburi bidang kerjaya ini. Saya sedang menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah untuk memantapkan ilmu saya bagi menjadi seorang pendidik yang berkarisma. Subjek bahasa Matematik merupakan subjek major saya, manakala saya juga berminat untuk mengajar dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Berkemahiran dalam penyusunan modul pengajaran. Saya juga dapat mengawal dan mengendalikan bilik darjah dengan baik bergantung kepada tahap sosiologi pelajar dan pada masa yang sama dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar berkenaan pelajaran mereka. Saya akan cuba sehabis baik untuk mendidik generasi hari ini menjadi pelapis bangsa yang berjaya.
Teaching Method(s)
Saya mengunakan kaedah yang berbeza dalam setiap topik untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya juga menyediakan teknik karangan mudah serta tatabahasa pantas untuk memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan mudah. Saya juga menggunakan akronim untuk membantu saya mengigati sesuatu perkara dengan mudah. Saya juga cuba untuk mengadaptasikan kaedah pengajaran secara abad ke-21 untuk menjadikan sesi pengajaran lebih efektif dan menyeronokkan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1