mytutor_mobile
Profile Picture

Norain Syafiqah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pagoh) (Sedang Belajar)

Jasin, Melaka

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya sedang menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda Bahasa Melayu sebagai Bahasa Komunikasi Antarabangsa di UIAM. Saya amat meminati dan mahir dalam bidang bahasa termasuklah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya berimpian menjadi seorang tenaga pengajar yang berusaha sebaik mungkin untuk membantu pelajar-pelajar memperoleh ilmu pengetahuan dengan mendalam dan mencapai kejayaan. Saya adalah seorang yang lemah lembut namun saya turut memastikan pelajar-pelajar mendengar arahan dengan baik. Saya amat prihatin dengan kebajikan pelajar. Saya akan mengenal pasti masalah pelajar dalam sesuatu mata pelajaran dan mencuba dengan sedaya upaya untuk membantu mereka mengatasinya. Saya juga memastikan pelajar tertarik dengan pengajaran saya.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik latih tubi bagi memahirkan pelajar dalam aspek tatabahasa, sebutan, ejaan, perbendaharaan kata dan sebagainya. Saya juga menggunakan teknik soal - jawab dan kuiz yang menarik demi mengaktifkan minda pelajar-pelajar sekaligus memastikan pelajar dapat mengingati informasi yang diberi dengan baik.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Dewasa, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6