mytutor_mobile
Profile Picture

Nurain Farisya *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Biologi

Universiti Malaysia Sarawak (Sedang Belajar)

Bukit Rambai, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya dikenali sebagai Cikgu Ain di dua buah tempat tuisyen saya sebelum ni. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman selama 3 tahun dalam mendidik pelajar sekolah dari kalangan tadika, sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Subjek Sains dan Matematik adalah subjek major saya dalam dunia pendidikan. Saya turut mengaja subjek lain seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai subjek sampingan. Saya berkemahiran dalam menyusun modul terkini. Hal ini telah menjadikan saya seorang tutor profesional yang mampu melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya turut mempunyai kreativiti dalam mengajar, contohnya, membuat quiz atau teka teki semasa mengajar. Saya juga mempunyai kepakaran dalam memberi motivasi kepada pelajar dan tingkatkan disiplin dalam diri pelajar. Jika anda ingin anak anda kekal cemerlang dan mempunyai tahap motivasi yang tinggi? Hubungilah saya.
Teknik Pengajaran
Saya berpengalaman selama 3 tahun dalam industri pendidikan, terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bersesuaian kepada keupayaan pelajar untuk memahami topik tersebut. Pendekatan imbas kembali merupakan antara teknik yang saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Sejurus sahaja kelas tamat, saya akan menyoal semula soalan-soalan mengenai topik yang telah diajar. Teknik skor A+ dalam subjek matematik merupakan teknik yang telah saya aplikasikan sejak tahun 2021 di Pusat Tuisyen Al-Kindi, Melaka. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kemerlangan merupakan visi saya sebagai seorang pengajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Darjah 1, Tingkatan 1
Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 1, Tingkatan 1
Sains Darjah 6, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 1, Tingkatan 1
Membaca - BI Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 1, Tingkatan 1
P. Islam Darjah 1
Sejarah Tingkatan 1