mytutor_mobile
Profile Picture

Amira Syahida *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Accounting

Universiti Teknologi MARA (Sungai Petani) (Sedang Belajar)

Jasin, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Amira dan merupakan pelajar dari University awam. Saya merupakan seorang sepenuh masa dan saya yakin walaupun waktu yang saya ada terhad, saya masih mampu menjadi seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman. Subjek matematik dan bahasa melayu merupakan subjek major saya, manakala bahasa Inggeris dan science merupakan subjek minor. Saya berkemahiran dalam melahirkan pelajar cemerlang di bawah saya selagi pelajar tersebut berdedikasi ingat belajar dengan tekun. Saya seorang yang peramah dan mudah mesra dengan orang disekeliling dan dengan kelebihan ini saya yakin mampu meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Matlamat saya jika menjadi pengajar, saya akan memastikan pelajar saya faham dan score dengan cemerlang.
Teknik Pengajaran
Walaupun masih belum mempunyai pengalaman dalam industri pendidikan, saya yakin dengan menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar dapat meningkatkan mutu pembelajaran mereka. Saya juga mengaplikasikan teknik belajar dengan keadaan senyap dan tenang supaya focus mereka lebih peka. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik skor A+ SPM bagi semua subjek berbeza setiap individu. Dengan tidak menekan teknik yang sama pada murid saya, saya percaya sedikit sebanyak dapat meningkatkan kepercayaan mereka kepada saya. Saya akan memerhati keselesaan pelajar di bawah saya dan mengimplikasi kaedah belajar bersesuaian dengan keperluan mereka. Bersama kata-kata motivasi, saya yakin dapat memperlihatkan kepada mereka tentang dunia luar daripada apa yang mereka lihat. saya faham perasaan mereka, kerana saya juga masih bergelar seorang pelajar. Oleh itu, saya yakin apa yang bagus kepada pelajar di bawah saya.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 6
Matematik Tingkatan 1, Darjah 3, Darjah 1, Darjah 2, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Darjah 6, Tingkatan 1