Profile Picture

Saidatul Qistina *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sejarah & Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Batu Pahat, Johor

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka semester 5 dan memegang beberapa jawatan siswi antaranya ialah IKON Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna(KPPB) dan Pembimbing Rakan Siswi Guru. Saya juga merupakan siswi yang aktif dalam bidang kurikulum dan telah menerima beberapa anugerah dekan sepanjang semester. Sebagai IKON pedagogi pembelajaran, saya berupaya menjadi tenaga pengajar dengan mengaplikasi pelbagai gaya pembelajaran yang mampu membawa pelajar merasai pengalaman dunia sebenar dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya gunakan adalah secara didik hibur dan kaedah kontekstual yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian murid. Saya juga akan memastikan PdP yang dilaksanakan menjadi pelantar bagi elemen kemenjadian individu murid menerusi amalan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS), Pembelajaran Abad ke-21 serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Subjek
Subjek Tahap
Sejarah Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 2, Darjah 1, Darjah 4, Darjah 6, Darjah 3, Darjah 5