mytutor_mobile
Profile Picture

Mark Fahim

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan/sejarah (sk)

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Jerteh, Terengganu

Institut Perguruan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seorang guru pelatih di IPGM Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit, Terengganu. Saya batch ambilan Jun 21/25 dan sekarang sedang pada semester 7. Saya masih belajar namun telah menghadapi praktikum semasa semester lepas dan telah mendapat keputusan cemerlang pada semester lepas dengan gred 3.84. Opsyen major saya adalah Sejarah dan minor adalah Pendidikan Muzik. Saya siap sedia menjadi tutor dan dengan pengalaman saya yang pernah ke sekolah dan mengajar murid-murid memberikan saya keyakinan untuk menjadi tutor yang baik dan berdedikasi. Saya komited dalam membantu pelajar-pelajar di luar sana menimba ilmu 1-1 dengan saya.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran sudah semestinya sangat banyak dapat digunakan dari teknik tradisional kepada yang lebih moden pada zaman kini. Antara teknik pengajaran yang saya akan gunakan adalah pendekatan didik hibur. Hal ini kerana murid-murid lebih cenderung suka untuk bermain sambil belajar berbanding mendengar dan mendapatkan ilmu itu hanya bulat-bulat sahaja. Pendekatan didik hibur secara tidak langsung dapat mengurangkan rasa bosan pelajar terutamanya dalam pembelajaran sejarah. Selain itu, penggunaan tmk atau ict juga saya ketengahkan agar suasana pembelajaran tidak membosankan dan lebih bersifat futuristik . Di samping itu, saya juga menggunakan teknik pengajaran berasaskan lagu, contohnya menggunakan lagu dalam penghafalan nama-nama tokoh pejuang tanah air semasa penjajahan British. Penggunaan akronim juga saya turut terapkan dalam sesi pengajaran saya bagi memudahkan murid menghafal maklumat.
Subjek
Subjek Tahap
Muzik Darjah 5, Darjah 4
Sejarah Darjah 5, Darjah 6, Darjah 4